Tuesday, 27 February 2018
KUNJUNGAN MAHABBAH KOLEJ KOMUNITI SUNGAI PETANI
Selasa, 27-Februari-2018 - SMPKV Merbok telah menerima kunjungan dari Kolej Komuniti Sungai Petani. Kunjungan ini bertujuan untuk melihat suasana pengurusan persekolahan di SMPKV Merbok. Pihak Kolej juga sempat meninjau dan melihat suasana pelajar kursus-kursus tertentu di bengkel masing-masing. Semoga kunjungan ini membawa aspirasi dan semangat baru dalam memajukan lagi pembangunan pelajar khususnya dalam bidang kemahiran.
Monday, 26 February 2018
PEMBELAJARAN BAHASA ISYARAT
Isnin, 26 Februari 2018 - Slot pembelajaran bahasa isyarat telah diadakan buat kali yang ke-5 di perkarangan tapak perhimpunan pagi, Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Merbok. Slot ini diadakan sekali pada setiap minggu sebelum para pelajar meneruskan sesi pembelajaran di kelas masing-masing. Slot ini telah membantu ramai para guru dan pelajar untuk mengukuhkan lagi ilmu bahasa isyarat di sekolah. Ianya amat penting untuk diteruskan supaya komunikasi dan penyampaian maklumat bersama para pelajar yang mempunyai masalah pendengaran berjalan dengan lancar.
Saturday, 24 February 2018
PELANCARAN KELAS PENGAJIAN AL-QURAN DAN IQRA'
Khamis, 22 Februari 2018 - Kelas Pengajian Iqra' dan Al-Quran telah dilancarkan dengan jayanya. kelas ini bertujuan untuk mendidik para pelajar mahir dan berketerampilan dalam bidang Akademik, Kemahiran dan juga celik al-Quran. Kelas ini diselenggarakan sepenuhnya oleh Panitia Pendidikan Islam pada setiap hari Ahad hingga Khamis di Surau al-Ikhlas, Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Merbok. Diharapkan para pelajar mendapat manfaat daripada kelas ini.
KEM KEPIMPINAN PERDANA SMPKVM 2018
Program: KEM KEPIMPINAN PERDANA
Tarikh: 7-9 Februari2018
Tempat : SM Pend Khas Vokasional Merbok
Peserta : Pengawas sekolah, Pengawas Asrama, Pengawas PSS, PRS, Ketua Kelas, Penolong Ketua Kelas & Ketua Dorm
Untuk gambar yang lebih banyak boleh klik ini :https://www.facebook.com/smpkvmerbok/
Subscribe to:
Posts (Atom)













