SM PENDIDIKAN KHAS VOKASIONAL MERBOK
Saturday, 3 March 2018
PEMILIHAN PASUKAN ICT SEKOLAH
Ahad, 4-Mac-2018 — Pemilihan Pasukan ICT Sekolah telah berjaya dijalankan pada hari ini oleh Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi Sekolah. Pemilihan ini bertujuan bagi memilih para pelajar yang akan mewakili pihak sekolah dalam ICT Challenge peringkat kebangsaan yang akan berlangsung tidak lama lagi. Seramai 44 orang pelajar telah terlibat dalam pemilihan kali ini termasuk para pelajar yang mempunyai masalah pendengaran. Perkembangan pembudayaan ICT sudah menjadi salah satu aspek yang akan diperkasakan di sekolah ini dan diharapkan pasukan ICT sekolah dapat melakukan yang terbaik dalam ICT Challenge pada tahun ini.
Tuesday, 27 February 2018
KUNJUNGAN MAHABBAH KOLEJ KOMUNITI SUNGAI PETANI
Selasa, 27-Februari-2018 - SMPKV Merbok telah menerima kunjungan dari Kolej Komuniti Sungai Petani. Kunjungan ini bertujuan untuk melihat suasana pengurusan persekolahan di SMPKV Merbok. Pihak Kolej juga sempat meninjau dan melihat suasana pelajar kursus-kursus tertentu di bengkel masing-masing. Semoga kunjungan ini membawa aspirasi dan semangat baru dalam memajukan lagi pembangunan pelajar khususnya dalam bidang kemahiran.
Monday, 26 February 2018
PEMBELAJARAN BAHASA ISYARAT
Isnin, 26 Februari 2018 - Slot pembelajaran bahasa isyarat telah diadakan buat kali yang ke-5 di perkarangan tapak perhimpunan pagi, Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Merbok. Slot ini diadakan sekali pada setiap minggu sebelum para pelajar meneruskan sesi pembelajaran di kelas masing-masing. Slot ini telah membantu ramai para guru dan pelajar untuk mengukuhkan lagi ilmu bahasa isyarat di sekolah. Ianya amat penting untuk diteruskan supaya komunikasi dan penyampaian maklumat bersama para pelajar yang mempunyai masalah pendengaran berjalan dengan lancar.
Saturday, 24 February 2018
PELANCARAN KELAS PENGAJIAN AL-QURAN DAN IQRA'
Khamis, 22 Februari 2018 - Kelas Pengajian Iqra' dan Al-Quran telah dilancarkan dengan jayanya. kelas ini bertujuan untuk mendidik para pelajar mahir dan berketerampilan dalam bidang Akademik, Kemahiran dan juga celik al-Quran. Kelas ini diselenggarakan sepenuhnya oleh Panitia Pendidikan Islam pada setiap hari Ahad hingga Khamis di Surau al-Ikhlas, Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Merbok. Diharapkan para pelajar mendapat manfaat daripada kelas ini.
KEM KEPIMPINAN PERDANA SMPKVM 2018
Program: KEM KEPIMPINAN PERDANA
Tarikh: 7-9 Februari2018
Tempat : SM Pend Khas Vokasional Merbok
Peserta : Pengawas sekolah, Pengawas Asrama, Pengawas PSS, PRS, Ketua Kelas, Penolong Ketua Kelas & Ketua Dorm
Untuk gambar yang lebih banyak boleh klik ini :https://www.facebook.com/smpkvmerbok/
Saturday, 13 January 2018
LADAP: PEMBANGUNAN SOALAN SKM
Program: LADAP 2: Pembangunan Soalan SKM
Tarikh: 13 Januari 2018
Tempat : PSS SM Pend Khas Vokasional Merbok
Peserta : Guru dan Staf
Untuk melihat lebih banyak gambar boleh klik link ini : Ladap 2 : Pembangunan soalanSKM
Friday, 12 January 2018
PENDAFTARAN MURID TINGKATAN 4 2018
Pada 4 Januari 2018 telah berlangsungnya Pendaftaran Murid Tingkatan 4 bagi tahun 2018. Pendaftaran ini melibatkan sebanyak enam kursus di SMPKV Merbok.
Guru-guru sibuk berbincang sebelum kedatangan murid-murid tingkatan 4
Ibu, bapa dan murid mendaftar mengikut kursus-kursus yang ditawarkan.
Persembahan dari murid-murid tingkatan 5
Ucapan dari pengetua SMPKV Merbok.
Pendaftaran murid tigkatan 4 di asrama.
Pendaftaran murid tigkatan 4 di asrama.
Untuk melihat gambar yang lebih banyak boleh ke facebook rasmi : GAMBAR PENDAFTARAN MURID TINGKATAN 4 2018
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Selasa, 27-Februari-2018 - SMPKV Merbok telah menerima kunjungan dari Kolej Komuniti Sungai Petani. Kunjungan ini bertujuan untuk melihat su...
-
SMPKV Merbok mula dibuka pada 24 April 2016 berkeluasan 24 ekar. Merupakan sekolah vokasional pendidikan khas yang ke 4 dan menawarkan ...
-
Ahad, 4-Mac-2018 — Pemilihan Pasukan ICT Sekolah telah berjaya dijalankan pada hari ini oleh Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi Seko...













