SMPKV Merbok mula dibuka pada 24 April 2016 berkeluasan 24 ekar. Merupakan sekolah vokasional pendidikan khas yang ke 4 dan menawarkan kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). Mempunyai kemudahan 1 blok pentadbiran, 7 blok akademik dan bengkel untuk 11 kursus kemahiran, dewan besar, perpustakaan, cafeteria, kiosk, surau, padang permainan, kemudahan gelanggang permainan (tenis, volley ball, bola jaring). SMPKV Merbok juga mempunyai kemudahan 2 blok asrama berkapasiti 310 orang murid (Lelaki =160, Perempuan=150 orang) dan kemudahan dewan makan.
SMPKV Merbok juga mempunyai 8 kuarters guru, 4 kuarters kakitangan sokongan dan sebuah kuarters Pengetua. Penempatan guru yang pertama di SMPKV Merbok pada 18 April 2016. Seramai 3 orang guru telah ditempatkan di SMPKV Merbok. Walau bagaimanapun oleh kerana SMPKV Merbok masih belum mempunyai care taker, guru-guru tersebut ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Sg. Petani. Care Taker selaku Penolong Kanan Pentadbiran iaitu En Mohd Fuzi b. Mohd Said telah melapor diri pada 24 April 2016 bersama En. Adnan b. Nayan selaku Guru Kanan Mata Pelajaran Teknik/Vokasional. Manakala Pengetua pertama SMPKV Merbok En. Suhaini bin Shaari telah melapor diri pada 8 Mei 2016. Pada 15 dan 18 Mei 2016, bermulanya penempatan guru-guru SMPKV Merbok pada 17 Julai 2016

No comments:
Post a Comment